Header Ads

test

AMANAT KEPADA PENJAWAT AWAM





Pagi ini diadakan Perhimpunan Penjawat Awam negeri Kedah di Dataran Wisma Darul Aman.

Seperti biasa, Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Md Nor akan mengetuai dan memberi amanat kepada seluruh kakitangan awam di Kedah.

Dalam majlis yang sama, diadakan juga majlis pelancaran Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) peringkat negeri Kedah serta turut mengisytiharkan hari Jumaat sebagai hari kebersihan negeri Kedah.

Program ini adalah inisiatif kerajaan negeri yang bermatlamat menggalakkan pembudayaan amalan membersih rumah pada setiap hari Jumaat dalam kalangan rakyat Kedah yang bertujuan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes serta mengurangkan kejadian penyakit berkaitan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan