Header Ads

test

ANAK KEDA HARAPAN KELUARGA


SIK - Seramai 30 peserta menghadiri Program Anak Keda Harapan Bangsa Mutiara Negara yang berlangsung di Dewan Desa Keda Sungai Semiar, baru-baru ini. 


Peserta program ini terdiri daripada anak-anak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang masih belajar dan program ini dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembanggunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali. 


"Anak KEDA perlu jadi mutiara. Mutiara sifatnya cantik tapi nak dapatkannya bukan mudah. kena selam ke dasar lautan, baru boleh dapat mutiara yang cantik. 


"Hormatilah mak ayah. Ingat pengorbanan ayah, penat lelah keluar awal pagi bekerja  semata-mata nak sara anak-anak nak bagi pendidikan yang terbaik," ujar beliau. 


Katanya, KEDA juga memberikan rumah dan tanah kepada golongan B40 yang kurang berkemampuan. 


Maklumnya lagi, program ini merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Wanita Daerah Sik (MURNI) dan KEDA serta slot motivasi disampaikan oleh Ikon Belia Perdana, Nor Habibah Hasan. 


Hadir sama, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Badrul Hisham Abdul Rahman dan Pengerusi MURNI, Nurhashimah Abd Rahman

Tiada ulasan