Header Ads

test

20 PESAWAH TERIMA WANG EHSAN

 

YAN – Seramai 20 pesawah yang terkesan dengan bencana aliran puing yang dikenali sebagai kepala air Gunung Jerai yang mengakibatkan kerosakan tanaman padi menerima wang ehsan daripada Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), YB Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman.

 

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Sik berkata, pihak MADA juga turut membelanjakan hampir RM 150,000 bagi tujuan baik pulih tanah sawah yang dibanjiri lumpur selut di kawasan Titi Bakong.

 

Katanya, beliau juga berkesempatan untuk singgah ke Jerami Castle atau dikenali sebagai Warung Tepi Bendang (WATEB) yang merupakan destinasi Agro Pelancongan yang diperkenalkan oleh MADA mengenai aktiviti pengumpulan jerami di Kawasan Muda.

 

Hadir sama, Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit, ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat dan Pengurus Besar MADA, Haji Kamarudin Dahuli, Pengerusi MADACorp, Haji Ahmad Hilmi Talib dan Timbalan Ketua Unit MADA Sungai Udang Khalid Nayan.

Tiada ulasan