EXCO KEBAJIKAN SANTUNI EMPAT PESAKIT TERLANTAR
KUBANG PASU – Empat orang pesakit menerima Skim Bantuan Khas Pesakit Terlantar Negeri Kedah daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga &Masyarakat dan Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad, semalam.
Penerima tersebut ialah Abd Razak Othman,63, Habib Afendy Mohd Kamal, 46, Noriah Abdul Rahman, 53 dan Norlinda Abd Kadir, 45 di Daerah Kubang Pasu.
“Saya berharap dengan bantuan tambahan ini dapatlah meringankan bebanan penjaga yang terpaksa berkorban dengan meninggalkan pekerjaan mereka untuk memberi tumpuan menjaga ahli keluarga mereka yang terlantar,” ujarnya.
Katanya, pemilihan skim ini telah diluluskan dari bantuan Kerajaan Persekutuan dan mereka juga menerima bantuan tambahan Bantuan Khas Pesakit Terlantar (BKPT) Negeri Kedah.
Post a Comment