Header Ads

test

TARIKAN TERBARU DI ALOR SETAR, KEDAH



Bagi ibu bapa yang masih mencari aktiviti menarik bersama anak-anak. Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) rekomen kepada semua pi Menara Alor Setar.

 

Menara lani ni, lain dah. Tak macam menara dulu. Awesome sangat dan berbaloi nak bawak keluarga jalan-jalan.

 

Dulu tak ada lagi tarikan terbaru ni iaitu pelantar pemandangan terbuka atau Star View yang tergantung di tepi menara. Sapa yang gayat takyah naik la. Dari atas menara nampak sampai bawak. Bergegaq kepala lutut orang Kedah kata. 

 

Star View yang mula beroperasi sejak 26 Julai tahun lepas diilhamkan daripada Sky Box yang dibina di Sky Deck Menara Kuala Lumpur pada 2016.

 

Harga macam mana? Berpatutan dak kami ni nak bawak anak-anak ni?

 

Sekarang ini ada promosi ‘SUPER DEAL’ yang ditawarkan kepada semua pengunjung dan promosi ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2022. 

 

Dan yang paling best, untuk kanak-kanak yang berusia 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA. 


Harga promosi pada hari Isnin sehingga Khamis adalah seperti berikut:

 

1) RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak–kanak) untuk lawatan ke Observation Deck. 


2) RM20.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak) ke Star View.

 

Harga promosi pada hari Jumaat sehingga Ahad adalah seperti berikut :

 

1) RM6.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Observation Deck.

 

2) RM24.00 (dewasa) dan RM14.00 (kanak-kanak) bagi lawatan ke Star View.

 

Di samping kita duk seronok-seronok tu, pakat patuhi SOP Covid-19 ni. Jangan terlampau seronok sampai penjagaan kendiri kita letak tepi. 

 

Orang Kedah kata ‘cheroi’ la kalau mai Kedah takpi jalan ke menara.


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

#MenaraAlorSetar

#Tempatmenarikdikedah

#Tarikanterbarudikedah

Tiada ulasan