Header Ads

test

KEDAH RANCANG BINA PUSAT LATIHAN BOLA SEPAK BERTARAF DUNIA

 


KEDAH RANCANG BINA PUSAT LATIHAN BOLA SEPAK BERTARAF DUNIA

KUALA LUMPUR - Kedah merancang untuk membangunkan sebuah pusat latihan bola sepak bertaraf dunia dan diiktiraf oleh FIFA.

Hasrat ini dinyatakan oleh penaung KDA FC Tan Sri Mohd Daud Bakar dalam sidang media selepas Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC.

Selain sebuah pusat latihan, ia juga bakal menjadi salah satu tarikan baru pelancongan di Kedah.
“Saya akan cuba membuat tanda aras untuk menjadikan training center Kedah ini bukan sekadar training center tetapi sebagai pusat tarikan tourist (pelancong) dari luar negara,” kata Mohd Daud Bakar.

Jelas beliau, pusat latihan ini mempunyai tiga padang terbuka dan satu padang tertutup menelan belanja sekitar RM16juta.

Tambahnya, KDA FC akan membina hubungan dengan negara luar bagi membantu pembangunan bakat pemain.

“Kita juga cuba membina hubungan spesifik dengan negara luar yang boleh mengadakan pertukaran talent untuk mereka meminjamkan kepakaran para pemain,” ujar beliau.


Tiada ulasan