Header Ads

test

KENARI MASKOT KDA FC


KENARI MASKOT KDA FC

KUALA LUMPUR - Kedah Darul Aman F.C (KDA FC) secara rasmi mengangkat semula maskot ‘Sang Kenari’ dan slogan ‘Pulun Kedah Pulun’.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam Majlis Memperkenalkan Penaja dan Rakan Rasmi KDA FC bertempat di Hotel Seri Pacific hari ini.

Ini merupakan satu adunan yang akan membangkitkan semula semangat para pemain dan penyokong bola sepak untuk menjadikan KDA FC sebagai sebuah pasukan yang mantap.

“Insya-Allah juara Liga Super tahun ini milik Kedah Darul Aman,” ujar Menteri Besar Kedah.

Dalam majlis tersebut DXN Industries Sdn. Bhd diumumkan sebagai penaja utama.

Penaja bersama pula adalah Energy Eco Berhad, Ohga Yakkyoku (M) Sdn. Bhd, Data Sukan Sdn. Bhd, Berry pay Sdn. Bhd, Cosmic Angle Travel & Tours Sdn. Bhd dan Lotto Prestige Sport.

Reds Defence Sdn. Bhd, KXG Sport Analytics, Sony (M) Sdn. Bhd, Fitogether Incorporated, Halo Telco, Aafiyat Holding Sdn. Bhd dan Halagel Malaysia Sdn. Bhd merupakan rakan rasmi bagi KDA FC.

YAB Menteri Besar turut memaklumkan bahawa sebelum ini tunggakan hutang adalah sebanyak RM16 juta dan tidak menggunakan kewangan kerajaan bagi melangsai tunggakan tersebut.

“Menjadi satu dasar kita tidak akan guna duit kerajaan kerana ianya terhad dan tidak diletakkan dalam bajet khas untuk bola sepak.

“Kami terpaksa ‘bersilat’ untuk mendapatkan dana dan selesaikan masalah hutang untuk memenuhi syarat FAM bagi melayakkan KDA FC bersaing pada musim 2021. Alhamdulillah menjelang awal musim kita berjaya selesaikan sebahagian daripada bebanan hutang.

“Tahun ini kita akan bersaing di peringkat Piala AFC, kita akan tunjukkan kemampuan sebenar. Orang Kedah hebat-hebat cuma tidak ada suntikan kewangan sahaja,” kata beliau.


 

Tiada ulasan