Header Ads

test

KeTSA, KERAJAAN NEGERI KEDAH BEKERJASAMA SELESAIKAN ISU TUNGGAKAN KES PUSAKA

 


KeTSA, KERAJAAN NEGERI KEDAH BEKERJASAMA SELESAIKAN ISU TUNGGAKAN KES PUSAKA

SIK- Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka merupakan inisiatif terbaik antara Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bersama Kerajaan Negeri Kedah untuk menangani isu tunggakan kes pusaka di Kedah.

“Usaha bersama ini mencerminkan kesungguhan untuk merealisasikan hasrat kerajaan, supaya agensi awam sentiasa peka dan memberi perhatian terbaik kepada masyarakat umum, dalam konteks hari ini adalah pengurusan harta pusaka khususnya,” ujar Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelancaran Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka Peringkat Negeri Kedah bertempat di Dewan Al-Hana, Kompleks Sukan Perdana, Majlis Daerah Sik hari ini.

Sanusi berkata kerjasama melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat menangani isu pelaksanaan perbicaraan, pengisian program disamping kosultansi pengurusan harta pusaka.

“Jalinan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Kedah untuk menangani isu ini melibatkan pelaksanaan perbicaraan, di samping pengisian program melalui sesi penerangan dan konsultansi mengenai pengurusan harta pusaka bersama pelanggan yang hadir,” jelas beliau.

Tambah Menteri Besar, Klinik Penyelesaian Tunggakan Kes Pusaka adalah program proaktif Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) agar masyarakat dapat menguruskan pembicaraan tanah serta prosiding pembahagian harta pusaka.

“Majlis ini bersifat komunikasi bersemuka dan merupakan program proaktif Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dengan matlamat utama mempertemukan dua pihak, antara masyarakat setempat dengan para pegawai yang menguruskan prosiding pembahagian harta pusaka,"katanya.

Beliau juga berharap sasaran yang ditetapkan pihak Jabatan dan Kementerian dengan kerjasama erat daripada pentadbiran Kerajaan Negeri dalam penyelesaian isu pusaka dapat dipermudahkan dan isu tunggakan yang dihadapi pada masa ini dapat ditangani dengan segera.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan