Header Ads

test

Lima Kejohanan Meriahkan Bola Sepak Kedah

 




Lima Kejohanan Meriahkan Bola Sepak Kedah

Bolasepak merupakan sukan Nombor 1 dan menjadi kegemaran rakyat Kedah.

Dalam sidang Kongres KFA yang lepas, Presiden KFA, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan komitmen KFA akan menjadikan penganjuran Liga Tempatan Kedah atau lebih dikenali sebagai Widad K-League 2022 sebagai agenda utama KFA pada tahun ini.

Alhamdulillah, hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Widad K-League di Seri Mentaloon.

Lima kejohanan bola sepak akan dipertandingkan di seluruh negeri Kedah bermula pada bulan Februari 2022 hingga Disember 2022.

Pertandingan pertama akan dimulai dengan KFA Junior Cup melibatkan pasukan bawah-12 Tahun Kenari Kid dan Pasukan Jemputan akan diadakan pada 26 Februari 2022 di Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti.

Kata MB, semua kejohanan yang dianjurkan dalam Widad K-League ini akan dapat memeriahkan semula kesuraman bola sepak di Kedah dan seluruh negeri.

Kejohanan ini akan mencungkil bakat-bakat baru bukan sahaja dalam kalangan pemain-pemain, jurulatih, pengadil dan industri bola sepak secara tidak langsung dapat menghidupkan semula sektor yang akan digembleng untuk menjayakan kejohanan ini.

Terima kasih kepada pihak penaja yang memberi suntikan motivasi kepada KFA bagi menyemarakkan lagi industri sukan bola sepak di Negeri Kedah.

Buat pasukan-pasukan yang bakal bertanding, MB berharap dapat memberi komitmen serta semangat yang tinggi.

Bertandinglah dengan semangat kesukanan.


Tiada ulasan