Header Ads

test

WIDAD K-LEAGUE MERIAHKAN KEMBALI SUKAN BOLA SEPAK KEDAH


WIDAD K-LEAGUE MERIAHKAN KEMBALI SUKAN BOLA SEPAK KEDAH

ALOR SETAR- Penganjuran Liga Tempatan Kedah atau dikenali Widad K-League 2022 bakal memeriahkan kembali sukan bola sepak di Kedah. 
 
Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Widad K-League 2022 bertempat di Dewan Seri Melor hari ini.

Widad K-League 2022 diambil daripada nama penaja utama pada musim ini iaitu Widad Business Group.

Difahamkan sebanyak lima kejohanan dipertandingkan di bawah saingan Widad K-League tersebut termasuk futsal dan bola sepak pantai.

“Widad K-League 2022 akan merangkumi lima kejohanan bola sepak iaitu KFA Junior Cup, Piala Menteri Besar, Piala KFA 2022, KFA Futsal League, KFA Beach Soccer.” 
 
“Pertandingan pertama adalah KFA Junior Cup yang melibatkan pasukan Bawah 12 Tahun Kenari Kid dan pasukan jemputan akan diadakan pada 26 Februari 2022,” tambah Sanusi. 
 
Tambah beliau misi utama Widad K-League 2022 adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain dan jurulatih di samping meningkatkan pembangunan serta kualiti kepengadilan di seluruh negeri Kedah. 
 
“Semoga dengan berlangsungnya penganjuran ini akan dapat menggali dan mengeluarkan permata-permata baru yang bertebaran di setiap pelusuk negeri Kedah seterusnya bakal mewarnai sukan bola sepak Kedah di peringkat profesional,”katanya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan