Header Ads

test

PERANAN GURU KAFA BENTUK INDIVIDU MUSLIM


POKOK SENA – Peranan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sangat penting dalam membentuk individu Muslim berkeperibadian mulia selain berpegang kepada ajaran Islam khususnya berdepan cabaran dalam dunia globalisasi.

 

Menurut ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz, guru KAFA ini adalah golongan yang terpenting dalam melahirkan anak-anak bangsa yang berkualiti.

 

"Saya mewakili penduduk Pokok Sena, Khususnya Bukit Lada mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada guru-guru KAFA yang mengajar ilmu agama, fardu ain, Al Qur'an dan sebagainya kepada penduduk di sini,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Guru-Guru Sekolah Pendidikan Islam SPI/KAFA Cawangan Pokok Sena kali ke-5 di Dewan Pertubuhan Peladang Kawasan Pokok Sena, hari ini.

 

Katanya, pekerjaan guru KAFA dalam membentuk murid mengenai pengajaran Pendidikan Islam adalah satu kebangkitan nilai Islam di negeri Kedah.

 

“Saya juga mengharapkan segala ilmu yang diberikan menjadi saham yang berkekalan sehingga akhir hayat para pelajar dan menjadi bekalan yang sangat besar kepada guru-guru di akhirat sana,” katanya. 

 

Dimaklumkan, sumbangan pek makanan, Kitab Ma'alimul Abrar dan Borang Mutabaah Amal Ramadhan diberikan kepada semua guru

Tiada ulasan