Header Ads

test

200 PELAJAR DUN SIDAM TERIMA BANTUAN AWAL KEMASUKAN KE IPT


SUNGAI PETANI – Seramai 200 pelajar DUN Sidam terima Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi.

 

Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Sidam, YB Dr. Robert Ling Kui Eei di Dewan Serbaguna Masjid Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, semalam. 


Katanya, majlis ini juga turut dihadiri waris keluarga yang menerima wang khairat kematian kerajaan negeri.

 

“Ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Kedah dalam membantu masyarakat di negeri ini. Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi adalah bantuan wang tunai kepada pelajar-pelajar yang layak melanjutkan pengajian tinggi di semua institusi pengajian tinggi seluruh negara. 

 

“Manakala bantuan khairat kematian adalah bantuan kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh mereka,” ujarnya.

 

Beliau yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, diharapkan dengan bantuan yang diberikan ini mampu menampung perbelanjaan pelajar di musim pandemik COVID-19 ini.

Tiada ulasan