Header Ads

test

COVID-19: LEBIH RM118 RIBU PERUNTUKAN BAKUL MAKANAN DUN BUKIT LADA


POKOK SENA – Krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 telah menjejaskan pendapatan isi rumah dengan ketara, sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

 

ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, menyedari hakikat itu pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada telah menyediakan kotak makanan kuarantin kepada keluarga yang terlibat sebagai salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan.

 

“Arahan kuarantin oleh pihak berkaitan telah menghalang aktiviti harian masyarakat. Malah ketua keluarga yang menjadi punca pendapatan menyara keluarga terkesan dengan arahan ini. 

 

“Bermula Mac 2021 sehingga April 2022, seramai 2,368 buah keluarga di dalam DUN Bukit Lada yang direkodkan menerima kotak makanan daripada pihak PKWR Bukit Lada sehingga menelan belanja sebanyak RM 118,400 ribu,” ujarnya.

 

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas kerjasama memberikan maklumat penduduk yang dikenakan kuarantin kendiri di rumah.COVID-19: LEBIH RM118 RIBU PERUNTUKAN BAKUL MAKANAN DUN BUKIT LADA

 

POKOK SENA – Krisis ekonomi akibat pandemik COVID-19 telah menjejaskan pendapatan isi rumah dengan ketara, sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

 

ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, menyedari hakikat itu pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada telah menyediakan kotak makanan kuarantin kepada keluarga yang terlibat sebagai salah satu usaha membantu mereka yang memerlukan.

 

“Arahan kuarantin oleh pihak berkaitan telah menghalang aktiviti harian masyarakat. Malah ketua keluarga yang menjadi punca pendapatan menyara keluarga terkesan dengan arahan ini. 

 

“Bermula Mac 2021 sehingga April 2022, seramai 2,368 buah keluarga di dalam DUN Bukit Lada yang direkodkan menerima kotak makanan daripada pihak PKWR Bukit Lada sehingga menelan belanja sebanyak RM 118,400 ribu,” ujarnya.

 

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atas kerjasama memberikan maklumat penduduk yang dikenakan kuarantin kendiri di rumah.

Tiada ulasan