Header Ads

test

40 MAHASISWA DUN BELANTIK TERIMA BANTUAN AWAL PENGAJIAN TINGGI


SIK – Seramai 40 mahasiswa terima Bantuan Awal Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi bagi DUN Belantik, semalam.

 

Bantuan ini disampaikan oleh ADUN Belantik, YB Mohd Isa Shafie di Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Belantik.

 

Katanya, bantuan ini diberikan kepada semua pelajar yang berjaya menyambung pengajian dengan memenuhi syarat yang ditetapkan.

 

“Saya berharap dengan bantuan yang diterima ini para mahasiswa belajar bersungguh-sungguh. Saya juga mendoakan agar kamu semua berjaya dunia dan akhirat,” ujarnya.

Tiada ulasan