Header Ads

test

EXCO INDUSTRI LAWAT SYARIKAT INTEL KULIM


KULIM – Pengerusi Jawatankuasa Industri Pelaburan, Sains, Teknologi & Inovasi dan Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr Wira Ku Abd. Rahman Ku Ismail, mengadakan lawatan ke Syarikat Intel di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), baru-baru ini.

 

Katanya, syarikat ini berjaya mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada majoriti orang tempatan di pelbagai bidang antaranya pengurusan, jurutera, kemahiran dan lain-lain lagi. 


“Setakat ini jumlah hasil pelaburan sebanyak RM10 bilion dan dijangka meningkat kepada RM12.5 bilion dalam masa terdekat. 

 

“Intel adalah syarikat pertama yang melabur di KHTP pada tahun 1996. Ketika itu, tiada syarikat yang berani membangunkan kilang di situ kerana KHTP masih baru dan tidak begitu menarik kepada pelabur. Ini adalah keistimewaan yang ada pada Intel," ujarnya. 

 

Tambahnya, syarikat Intel yang berasal dari Amerika Syarikat ini merupakan syarikat pembuatan semikonduktor cip terbesar dunia atas dasar kadar pendapatan.

 

Hadir sama, Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan KHTP, Mashdi Ghazali dan Ketua Pegawai Operasi Invest Kedah, Noor Ikhsan Abd Aziz.


#kulimhitech

#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan