Header Ads

test

AMANAH IKHTIAR BANTU USAHAWAN KEDAH

 

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Kedah telah mengeluarkan modal sebanyak RM152.7 juta pada tahun 2021 bagi membantu usahawan Amanah Ikhtiar di negeri Kedah.

Pengarah Kanan Wilayah Kedah, Rohana Mahamud berkata demikian ketika melakukan kunjung hormat ke atas Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman hari ini.

AIM Wilayah Kedah turut membentangkan perkembangan terkini mereka yang kini telah beroperasi lebih 35 tahun.

Kunjungan diketuai oleh Pengarah Kanan Wilayah Kedah, Rohana Mahamud, Timbalan Pengurus, Salimin Md Rejab, Penolong Pengurus, Norazzura Tamin dan Pegawai Eksekutif, Siti Shakirah Hamzah.

AIM ditubuhkan untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan atau perniagaan kecil-kecilan bagi menjana pendapatan.

Tiada ulasan