Header Ads

test

BINA GELANGGANG, TARIK MINAT ANAK MUDA BERIADAH


 
SUNGAI PETANI – ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menunaikan hasrat anak muda dengan membina sebuah gelanggang bagi kemudahan bersukan di Kampung Padang Temusu.
 
Katanya, dengan kemudahan yang ada ini seramai 30 anak muda menyertai Pertandingan Sepak Takraw Kampung (STK). 
 
“Pembinaan gelanggang sepak takraw ini memudahkan aktiviti sukan dijalankan. Tambahan lagi, dapat menarik minat anak muda untuk beriadah serta dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.
 
“Inisiatif ini dilaksanakan untuk memastikan anak muda bakal pelapis negara dapat menjalani rutin harian mereka dalam persekitaran yang sihat dan mengelakkan mereka terlibat dengan perkara yang tidak bermoral. Ia juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah,” ujarnya.
 
Hadir sama, Pengarah PKWR DUN Pantai Merdeka, Saifulazli Ahmad.

Tiada ulasan