Header Ads

test

DANA RM200 RIBU LANCARKAN AKTIVITI PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN

 



ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah melalui Majlis Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) dengan bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia Negeri Kedah memperuntukkan RM200 ribu bagi diagihkan kepada 33 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK).


Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita, YB Dato' Hajah Halimaton Shaadiah Saad memaklumkan perkara tersebut dalam ucapannya dalam Mesyuarat Agung Majlis Kebajikan Negeri Kedah kali ke-17/2022 di Dewan Seri Mentaloon.


"Setiap PSK diperuntukkan sebanyak RM5,000 sebagai geran untuk aktiviti dan pentadbiran," ujarnya.


Seramai 140 perwakilan hadir mewakili 33 PSK yang menjadi Ahli Gabungan MKNK di samping penyertaan tiga pertubuhan baru. 


Beliau turut memberi saranan agar penglibatan lebih ramai beliawanis dalam pengurusan organisasi PSK memandangkan banyak urusan kini menggunakan aplikasi atas talian sebagai medium perantara agensi dan masyarakat.


Menurutnya, pengalaman daripada sukarelawan veteran dapat dimanfaatkan bagi membimbing beliawanis yang baru berkecimpung dalam PSK memberi khidmat kepada masyarakat.

Tiada ulasan