Header Ads

test

200 PENDUDUK KAMPUNG HUJUNG BANDAR DAPAT MANFAAT PROJEK AIR MASYARAKAT

SIK – Masalah gangguan bekalan air bersih yang membelenggu hampir 200 penduduk Kampung Hujung Bandar berakhir selepas projek paip air masyarakat siap sepenuhnya Sabtu lalu.


Ahli Parlimen Sik, YB Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata pihaknya berusaha menyelesaikan masalah air di daerah itu dengan memohon peruntukan daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).


Sebanyak RM100 ribu diluluskan KPLB bagi melaksanakan projek bekalan air luar bandar yang kedua ini melibatkan pembinaan sebuah kolam takungan di Puncak Bukit Hutan Rimba Teloi, di sini.


“Alternatif ini sangat baik untuk permasalahan bekalan air bersih di daerah Sik ini di saat pihak kerajaan negeri sedang bertungkus-lumus untuk memperbaiki sistem air sedia ada daripada air rawatan.


“Kita juga usahakan untuk masyarakat ini mendapat bekalan air bersih secara konsisten tanpa gangguan” katanya.


Turut hadir, Pegawai Khas Kawasan kepada Menteri Besar Kedah, Haji Badrul Hisham Abdul Rahman, Pegawai Khas Ahli Parlimen Sik, Haji Yahya Wahab dan Pengerusi JPKK Kampung Hujung Bandar, Jaszmee Zali.

Tiada ulasan