Header Ads

test

JENDELA: 200 MENARA BARU JALUR LEBAR AKAN DIBANGUNKAN

 


JENDELA: 200 MENARA BARU JALUR LEBAR AKAN DIBANGUNKAN

ALOR SETAR - Perkhidmatan jalur lebar dan capaian internet akan dinaik taraf di kawasan berpenduduk di seluruh negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan Kedah akan memperoleh lebih 200 menara baru dan pemasangan jalur lebar di bawah program Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Tambah beliau, mesyuarat exco kerajaan negeri minggu lalu telah meluluskan bahawa permohonan kebenaran merancang pembangunan-pembangunan baru mesti menyediakan tapak untuk pembinaan infrastruktur utiliti jalur lebar.

“Kita telah meluluskan bahawa permohonan kebenaran merancang pembangunan-pembangunan baru mesti menyediakan tapak untuk pembinaan infrastruktur utiliti jalur lebar.

“Ia sama seperti kewajipan mereka menyediakan sub stesen untuk infrastruktur TNB dan juga kawasan kolam untuk loji rawatan kumbahan,” jelas beliau ketika berkata pada sidang media selepas Istiadat Pembukaan Sidang Undangan Negeri Kedah yang disempurnakan perasmiannya oleh Tuanku Sultan Kedah.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata perkhidmatan menyediakan jalur lebar serta kemudahan internet yang lebih berkualiti akan merapat jurang antara bandar dan luar bandar.

“Kerajaan telah berbincang bagaimana kita nak atasi isu jurang ini dan insya-Allah perkara ini mendapat perhatian utama pihak kerajaan.

“Saya difahamkan JENDELA akan bangunkan lebih daripada 200 menara yang kebanyakannya akan dibangunkan di kawasan luar bandar,” kata beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan