Header Ads

test

BEKALAN TELUR AYAM, MINYAK MASAK CUKUP MENJELANG RAMADAN




ALOR SETAR – Menjelang Ramadan ini, keperluan makanan asasi menjadi keutamaan keluarga dan para peniaga dalam menjalani ibadah puasa dengan selesa.

 

Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Romani Wan Salin berkata, permasalahan kekurangan bekalan telur ayam dan minyak masak di pasaran akan terus di pantau oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

 

“Lawatan ini dibuat bagi memastikan bekalan telur ayam dan minyak masak mencukupi menjelang bulan Ramadan dan perayaan yang akan tiba.

 

“Saya juga meminta pihak KPDNHEP berusaha mengenal pasti permasalahan punca sebenar  berlakunya kekurangan bekalan dari pelbagai pihak pengeluar, pemborong dan peruncit agar penyelesaian dapat diselesaikan sebelum menjelang Ramadan,” ujarnya.

 

Beliau berkata demikian ketika hadir lawatan ke syarikat Pemborong Telur Sin Tatt Egg Supplier dan Syarikat Pembungkus Minyak Masak Federation Oil Factory Sdn. Bhd.

 

Hadir sama, Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Negeri Kedah, Zalina Aziz dan Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Norhafizah Abu Bakar.





 

Tiada ulasan