Header Ads

test

JPKK TAJIN, TERENGGANU IKUTI PERKEMBANGAN KERAJAAN KEDAH

 


JPKK TAJIN, TERENGGANU IKUTI PERKEMBANGAN KERAJAAN KEDAH


ALOR SETAR - Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tajin, Kuala Berang, Terengganu mengadakan lawatan kunjung hormat ke Wisma Darul Aman, semalam.


Rombongan yang disertai 40 penduduk kampung itu diketuai Pengerusi JPKK Tajin, Abu Bakar Salleh

Taklimat berkaitan perkembangan semasa kerajaan negeri Kedah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Urus Setia Penerangan Darul Aman, Abdul Hadi Omar.


Beliau memberi penerangan berkaitan kejayaan pentadbiran kerajaan negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor sejak mengambil alih kerajaan berkerja keras dan berjaya menarik pelaburan tertinggi bernilai RM57.1 bilion walaupun situasi seluruh negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.


#lawatankerja
#UPDA
#UrussetiaPeneranganDarulAman


Tiada ulasan