Header Ads

test

KEDAH MENUJU NEGERI INDUSTRI SELAIN NEGERI PERTANIAN

 


KEDAH MENUJU NEGERI INDUSTRI SELAIN NEGERI PERTANIAN

ALOR SETAR - Kedah bukan lagi negeri pertanian semata-mata sebagai pengeluar makanan tetapi Kedah juga akan muncul sebagai negeri industri di utara.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman.

“Kita dapat melihat perkembangan yang sangat baik berlaku di Special Border Economic Zone (SBEZ), Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) dan Kedah Rubber City (KRC).

Tambah beliau, semua ini akan melonjakkan Kedah sebagai negeri kuasa industri baru.

“Cuma kita perlu sediakan rakyat untuk menyambut pembangunan sektor industri ini dengan persediaan dari segi kemahiran dan ilmu baru yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan,” jelas beliau lagi.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#sidangDUN14

Tiada ulasan