Header Ads

test

PELAN PEMBANGUNAN KEDAH 2035 MENUJU KEDAH BERDAYA HUNI


PELAN PEMBANGUNAN KEDAH 2035 MENUJU KEDAH BERDAYA HUNI

ALOR SETAR - Pelan Pembangunan Kedah 2035 bakal menjadikan Kedah sebuah negeri yang mensejahterakan rakyatnya melalui keperluan asas, peluang ekonomi yang terbuka, serta mencakupi bidang pendidikan termasuk kelestarian alam semula jadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, prestasi perlaksanaan Pembangunan Kedah 2035 dapat dilihat selepas tempoh bagi fasa pertama iaitu tahun 2023.

Katanya, setahun pertama perlaksanaannya amat membanggakan di mana pada ketika negara dan dunia secara global masih lagi berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19.

“Sebahagian daripada inisiatif yang ditetapkan kini berada di atas landasan perlaksanaan yang baik dengan mengambil kira keenam-enam teras utama Kedah 2035.

“Beberapa sasaran seperti jumlah pelaburan masuk tahunan yang ditetapkan RM10 bilion di bawah teras satu iaitu kemakmuran ekonomi telah berjaya dicapai pada tahun pertama perlaksanaan,”katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir (PH-Jitra) pada sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri berusaha mengekalkan jumlah pelaburan masuk dan RM10 bilion akan terus menjadi penanda aras bagi tahun-tahun yang berikutnya.

“Usaha kerajaan negeri untuk meletakkan satu pelan pembangunan akan menjadi panduan ke arah pembangunan yang holistik kepada seluruh rakyat Kedah khususnya hendaklah diteruskan dan diperkasakan dari masa ke semasa,”jelas beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan