Header Ads

test

KUNJUNG HORMAT KELAB EKSPLORASI ALTITUD

 


KUNJUNG HORMAT KELAB EKSPLORASI ALTITUD

Kelab Eksplorasi Altitud mengadakan kunjung hormat ke atas Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman hari ini.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Azim Afif Ishak selaku Ketua Ekspedisi Keluarga Everest 2022 yang akan memulakan misi pendakian 26 Mac ini.

Ekspedisi ini melibatkan sepuluh pendaki terdiri daripada pelbagai bangsa serta latar belakang termasuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Menurut Azim, selain OKU, ekspedisi turut disertai anggota keselamatan dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membawa semangat muhibah dan perpaduan seiring aspirasi Keluarga Malaysia.

Katanya, cabaran Ekspedisi Keluarga Everest 2022 kali ini adalah tempoh pendakian dilakukan dalam bulan Ramadan.

“Sebahagian tempoh pendakian dilakukan ketika bulan puasa pada April ini antara cabaran utama pendakian kali ini.

“Kami akan menyediakan dokumentari bertaraf antarabangsa termasuk pelaksanaan ibadah sepanjang pendakian sebagai panduan buat seluruh pendaki gunung di Malaysia,” ujar Ketua Ekspedisi Keluarga Everest 2022.

Dato’ Seri turut memberi sumbangan serta penyerahan bendera Kedah dan bendera Malaysia kepada pasukan Ekspedisi Keluarga Everest 2022.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan