Header Ads

test

PELABURAN RM68.3 BILION LEPASI SASARAN KEMASUKAN PELABURAN TAHUNAN

 


PELABURAN RM68.3 BILION LEPASI SASARAN KEMASUKAN PELABURAN TAHUNAN

ALOR SETAR - Kedah berjaya mencapai RM68.3 bilion pada tahun 2021 melebihi sasaran RM10 bilion setiap tahun dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Tambah beliau kejayaan ini mengejutkan semua pihak termasuklah kerajaan sendiri.

“Kita harap trend ataupun kemasukan ini dapat dikekalkan," ujar Sanusi.

Terdahulu dalam titah Sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang ke-14, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menzahirkan rasa bangga kerana negeri Kedah mencatat pelaburan berjumlah RM 68.3 billion yang merupakan satu sejarah dan rekod baharu sekalipun berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Beta percaya, kejayaan ini adalah hasil jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Kulim Technology Park Corporation, Invest Kedah Berhad dan Malaysian Investment Development Authority (MIDA) serta pemain-pemain industri lain dalam menarik pelaburan luar ke dalam negeri Kedah,” titah Baginda Tuanku.

Tiada ulasan