Header Ads

test

TITAH TUANKU SERU AMALKAN DEMOKRASI BERMUSYAWARAH






 

ALOR SETAR – Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dalam titah Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kali Ke-14 menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan yang berlaku.

 

Baginda mengingatkan supaya semua pihak mengukuhkan perpaduan bagi mengekalkan kesatuan utuh yang merupakan asbab dan kekuatan kepada sebuah tamadun.

 

“Kematangan seperti inilah yang diperlukan oleh seluruh rakyat Beta. Hormatilah prinsip Demokrasi Raja Berpelembagaan yang menjadi asas pembentukan negara.

 

“Melalui perpaduan, kesepakatan dan kebersamaan yang erat bagaikan sebuah keluarga akan dapat mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuhi,” titah Baginda.

 

Dalam perkembangan yang sama, Baginda juga menyeru supaya rakyat tidak leka dan berpuas hati kerana terdapat kemunculan varian baharu Omicron yang lebih mudah merebak.

 

“Beta amat menghargai segala usaha berterusan oleh pihak kerajaan negeri dalam melaksanakan pelbagai strategi bagi menangani pandemik COVID-19,” titah Baginda lagi.

Tiada ulasan