Header Ads

test

SUMBANGAN RAMADAN RINGANKAN BEBAN ASNAF


YAN – Pihak Masjid Al-Ubudiah mengadakan majlis penyampaian sumbangan Ramadan dan Jom Kembali ke Sekolah kepada 200 asnaf yang terpilih.

 

Sumbangan ini disampaikan oleh ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat di Dewan Masjid Al-Ubudiah, Padang Lumat, baru-baru ini.

 

“Bantuan ini diberikan kepada 100 asnaf bagi sumbangan Ramadan dan 100 pelajar bagi sumbangan Jom Kembali ke Sekolah.

 

“Empat kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Lumat, Kampung Batu 16, Kampung Kepala 20 dan Kampung Kepala 30,” ujarnya.

 

Katanya, sumbangan kepada pelajar asnaf tersebut disertakan dengan baucar bernilai RM100 bagi persediaan awal ke sekolah.

 

Menurut Imam masjid, Ustaz Nik Fikri Nik Ishak, beliau juga akan menghadiahkan basikal kepada anak-anak qaryah yang istiqamah mengimarahkan Masjid Al-Ubudiah di bulan Ramadan ini.

Tiada ulasan