Header Ads

test

350 WANITA HADIR TADARUS AL-QURAN PERINGKAT NEGERI KEDAH

 

ALOR SETAR – Seramai 350 peserta wanita menyertai Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, semalam.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata, majlis ini merupakan aktiviti tahunan di bawah portfolio beliau.

 

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta di atas kesudian meluangkan masa untuk  menghadiri majlis ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

 

“Kehadiran semua peserta ke majlis ini menunjukkan kesedaran betapa kita tunduk dan patuh kepada keagungan kalamullah kitab suci Al Quran yang menjadi perlembagaan kehidupan di dunia dan di akhirat,” ujarnya.

 

Hadir sama, Isteri Menteri Besar, Tok Puan Hajah Jusmalailani Jusuh, Pengerusi Puspanita Negeri Kedah, Datin Paduka Hariyanti Amit, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah, Dr Hajah Faridah Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kedah, Maizatul Mazni Zainun.

Tiada ulasan