Header Ads

test

MB AJAK MASYAKARAT DOA NEGERI KEDAH DILIMPAHI REZEKI

 


Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir meraikan 'wira kampung' dalam Majlis Penyampaian Sumbangan kepada bidan kampung, tok mudim, penggali kubur, guru Al Quran, juru mandi jenazah dan bomoh patah di Masjid Al Wustha, Guar Cempedak.

Dalam majlis tersebut,Dato’ Seri MB turut mengajak semua mendoakan agar negeri Kedah terus dilimpahi rezeki.


"Saya harap itulah doa saya, tuan-tuan boleh terus menjalankan khidmat, saya boleh terus menjalankan tanggungjawab bersama wakil rakyat sekalian.”

Kata Dato’ Seri MB, Kedah negeri yang nikmatnya untuk semua.

“Orang susah boleh duduk sini, orang kaya pun boleh duk sini. Orang susah boleh berteduh, orang kaya terus boleh berbakti.”

Rata-rata penerima sumbangan memberi reaksi gembira dapat bertemu mata dengan 'pemimpin nombor satu' dalam negeri Kedah.


Selepas berbuka bersama para penerima, MB Sanusi mengimamkan solat Maghrib.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan