Header Ads

test

ADUN KUPANG HULUR DUIT RAYA


Laporan : Mohd Sabri Abu Bakar


KUPANG - Kegembiraan Aidilfitri tidak lama lagi dikongsi dengan pemberian duit raya kepada ibu tunggal, anak yatim dan asnaf seramai 40 orang, semalam. 


Sumbangan peribadi itu disampaikan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Kupang, Brigedier Jeneral (B) Dato' Najmi Haji Ahmad dalam majlis berbuka puasa di kediamannya, Kampung Pisang.


"Sambutlah Syawal yang akan menjelma tidak lama lagi dengan penuh kesyukuran kepada Allah.   


"Mudah-mudahan rezeki yang dikongsi dapat menceriakan penerima pada hari lebaran nanti,"katanya. 


Pada masa sama kata beliau, baki Ramadan perlu dimanfaatkan umat Islam dalam mencari keampunan Allah dan ganjaran pahala.


"Kita masih dalam bulan mulia bulan Ramadan. Maka janganlah disia-siakan peluang merebut keistimewaan sepanjang 10 malam terakhir untuk melakukan amal ibadat," katanya.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan