Header Ads

test

DUTA KOMUNITI BANTU RAKYAT PATUHI SOP


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Romani Wan Salin merasmikan Duta Komuniti (DK) di Hotel Jerai, Alor Setar di sini.


Katanya, seramai 540 DK akan dilantik di bawah Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kedah.


“Tujuan utama pihak kerajaan di bawah JaPen mewujudkan DK ini sebagai usaha memperingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi SOP terutama ketika menyambut hari raya nanti.


“Setiap DK ini akan berfungsi berdasarkan konsep 3M iaitu Mengingatkan, Menegur dan Menggalakkan pematuhan SOP di kalangan rakyat” katanya ketika berucap di majlis tersebut.


Hadir sama ADUN Bukit Lada, YB Salim Mahmood Al Hafiz; Timbalan Pengarah Pembangunan Sektor Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah, Faisal Rizal Mohamad; Pengarah SKMM Negeri Kedah, Mazlan Othman; Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kedah, Nasrudin Mahmud dan Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Negeri Kedah, Rohani Musa.


@Wan Romani Wan Salim

 

Tiada ulasan