Header Ads

test

KERAJAAN KEDAH HARGAI KHIDMAT BAKTI MASYARAKAT


BALING - Seramai 150 orang bidan kampung, tok mudim, penggali kubur, guru agama dan juru mandi jenazah dan bomoh patah diraikan dalam Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Menteri Besar Kedah Peringkat Daerah Baling di Masjid Sultan Sallehuddin, semalam.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri menyanjungi jasa dan pengorbanan sukarelawan di negeri itu yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran terhadap bakti yang diberikan.

Dalam majlis yang sama, Muhammad Sanusi turut mengajak seluruh rakyat mendoakan kerajaan negeri Kedah agar terus dilimpahkan rezeki.

"Doakan negeri Kedah diberi kurniaan rezeki yang lebih banyak pada tahun akan datang oleh Allah SWT agar dapat berkongsi rezeki yang melimpah ruah itu bersama rakyat," tambahnya.

Di akhir ucapannya, beliau berharap rakyat dapat mengekalkan perpaduan dan membina kerjasama yang baik di samping tidak menimbulkan pertelingkahan agar kesejahteraan dapat dicapai.

"Kita sudah diberi nikmat perpaduan, harap dapat dikekalkan dan dipertahankan agar manfaat kerjasama pemimpin dan rakyat dapat dirasai faedahnya oleh rakyat sesuai dengan tema "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua," ujar beliau.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


 

Tiada ulasan