Header Ads

test

15 PONDOK PARLIMEN PENDANG TERIMA SUMBANGAN RAMADAN



PENDANG – Ahli Parlimen Pendang, YB Awang Hashim menyampaikan sumbangan kepada 15 institusi pondok dan tahfiz dalam Parlimen Pendang di Pusat Tahfiz Minhajul Abidin, semalam.

 

Sumbangan tersebut adalah untuk menghidupkan institusi berkenaan sepanjang Ramadan bagi menyuburkan aktiviti-aktiviti keagamaan di komuniti setempat.

 

“Saya berharap semoga dengan sumbangan ini ia dapat menghidupkan lagi program-program keagamaan sepanjang bulan ini dalam kita mengejar fadilat dan kelebihan bulan Ramadan yang penuh mulia ini. 

 

“Seronok boleh bersama tok-tok guru pondok dan anak-anak tahfiz hari ini. Berbuka puasa dan berjemaah dengan depa sekali. Semoga kita dikumpulkan bersama orang-orang yang soleh di sana nanti,” ujarnya.

 

Hadir sama, ADUN Tokai, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman.

Tiada ulasan