Header Ads

test

KERESAHAN NELAYAN TELOK BAYU DAPAT PERHATIAN ADUN PANTAI MERDEKA


KERESAHAN NELAYAN TELOK BAYU DAPAT PERHATIAN ADUN PANTAI MERDEKA
 
SUNGAI PETANI – Keresahan para nelayan di Jeti Nelayan Telok Bayu mendapat perhatian ADUN Pantai Merdeka, YB Ahmad Fadzli Hashim.
 
Ahmad Fadzli berkata, beliau turun padang membuat pertemuan dua mata bersama nelayan dan melihat sendiri aduan yang diterima. 

Di dapati kawasan tersebut masih tidak mempunyai tanda dan surau bagi kemudahan orang awam. 
 
“Tinjauan yang dibuat mendapati masih banyak kemudahan asas tidak disediakan oleh pihak berkuasa sehingga menimbulkan kesulitan bukan saja kepada nelayan kawasan tersebut, tetapi juga pengunjung yang mengunjungi kawasan tersebut.
 
“Melihat permasalahan ini saya akan panjangkan kepada peringkat atasan secepat mungkin bagi memberi keselesaan kepada nelayan dan pengguna yang hadir ke sini,” ujarnya.
 
Katanya, pertemuan ini juga telah menyelesaikan masalah berkaitan tuan tanah di Teluk Bayu yang setelah sekian lama berlarutan.
 
“Tuan tanah juga telah memberi kebenaran untuk membina tandas dan surau bagi kegunaan ramai,” jelasnya.
 
Dimaklumkan, seramai 60 nelayan yang mencari mata pencarian di jeti nelayan ini.
 
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, YB Azman Nasrudin dan Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Norhisyam Arshad.

Tiada ulasan