Header Ads

test

TUNAIKAN HAK ALLAH, KERJA JADI MUDAH


ALOR SETAR - “Apabila Allah SWT tunaikan hak kita maka kerja menjadi mudah, usaha tidak setara mana tapi hasil berlipat kali ganda. Inilah keberkatan yang diperlukan dalam kehidupan.”

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa YAB Menteri Besar Bersama Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kerajaan, Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Tadbir Persekutuan, Pegawai Tadbir Agama, Pegawai Undang-Undang Syariah, Penghulu dan Pengamal Media di Seri Mentaloon semalam.



Beliau berkata, tindakan kerajaan tidak lagi mengeluarkan lesen premis perjudian di seluruh negeri Kedah adalah sebahagian menunaikan kewajipan hak Allah.

“Antara hak Allah yang ditunaikan adalah tindakan menghentikan pengeluaran lesen premis perjudian di seluruh negeri Kedah.

“Apabila kita tunaikan hak Allah, kita dapat lihat bagaimana Allah telah menolong kita dengan pencapaian yang diluar jangka,” tambahnya.

Kata Muhammad Sanusi, beliau mendapat sokongan padu daripada pegawai-pegawai kerajaan negeri serta semua agensi bersamanya dalam mentadbir negeri.




“Nilai pelaburan yang tidak pernah dicapai oleh Kedah ini bukanlah pencapaian saya seorang tetapi pencapaian kita semua.

“Kita mungkin berasa semua telah bekerja kuat dan bersungguh-sungguh mencapai kejayaan ini, namun harus akur bahawa sebagai manusia kudrat dan keupayaan ada hadnya.

“Jika mahu Allah tolong kita, kita mesti menunaikan hak Allah dahulu," katanya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan