Header Ads

test

Ketum: Kabinet Bincang Cadangan MB Kedah


Mac lalu, Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor mengutarakan kewajaran supaya kerajaan perlu mengambil manfaat menjadi pengeksport daun ketum dari Malaysia ke Thailand.

Beliau turut mencadangkan kepada agensi-agensi penguatkuasa untuk membenarkan proses mengeksport daun ketum secara sah dengan peraturan yang sesuai.

Katanya, Kedah mempunyai tanah paling sesuai untuk pertumbuhan dan pembesaran spesies ketum paling baik bagi perubatan yang diusahakan di Thailand.

Dato' Seri berkata, kerajaan Persekutuan dan negeri perlu bersedia melantik mana-mana anak syarikat untuk menjadi ejen tunggal di Kedah dengan mengumpulkan komoditi pengusaha ketum seterusnya menjadi pengeksport sah.

Kerajaan boleh mendapat cukai dan pihak penguatkuasa tidak perlu susah payah membanteras penyeludupan.

Semalam, tular di media mengatakan Kabinet dikhabarkan memberi kebenaran penanaman ketum dan hemp bagi tujuan perubatan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata, kabinet tidak mempunyai halangan.

Satu perbincangan dipihaknya mewakili parlimen Padang Besar bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung kelulusan tanaman berkenaan bagi tujuan perubatan akan diadakan.




 

Tiada ulasan