Header Ads

test

LEBIH 1200 PENERIMA DUN KUALA KETIL TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI

KUALA KETIL – Sebanyak 1200 lebih pek makanan diedarkan kepada individu yang terpilih sempena Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi.


ADUN Kuala Ketil, YB Mejar Mansor Zakaria, berkata sumbangan ini adalah daripada Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Ketil.


“Antara barangan tersebut ialah kuih raya, bekalan makanan dan beras pulut. Sumbangan ini diedarkan bermula 26 April sehingga 30 hari bulan nanti,” ujarnya.


Katanya, penerima tersebut terdiri daripada guru pondok, sekolah, asnaf, jabatan dan agensi yang terpilih.


“Saya mengharapkan dengan sumbangan ini dapat memeriahkan lagi sambutan raya bersama keluarga tercinta,” ujarnya.

Tiada ulasan