Header Ads

test

716 MANGSA RIBUT TERIMA SUMBANGAN RM1000




BUKIT KAYU HITAM – Seramai 716  mangsa ribut terima Bantuan Wang Ehsan bernilai RM1000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) di Dewan Tradisi Kampung Lembah Keriang, semalam.


Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad berkata 517 penerima daripada Daerah Kubang Pasu dan 199 penerima daripada DUN Bukit Kayu Hitam.


“Kejadian ribut dan banjir yang sering melanda di Daerah Kubang Pasu semasa peralihan cuaca Monsun Timur laut tahun lalu mengakibatkan banjir dan bencana alam.


“Ekoran daripada itu kerajaan mengambil perhatian dan memberi inisiatif membantu golongan tersebut dengan meluluskan sebanyak RM 1000 seorang,” ujarnya.


Hadir sama, Pegawai Daerah Kubang Pasu, Haji Muhammad Aruf Darus, Pegawai Angkatan Pertahanan Malaysia Daerah Kubang Pasu, Kapten Adenin  Suhaimi dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu, Rusdi Ishak.

Tiada ulasan