Header Ads

test

POLIS : KERJAYA LUBUK PAHALA


ALOR SETAR - Peluang mendapatkan pahala terbuka luas sebagai anggota polis kerana polis tonggak utama keselamatan negara.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata apa sahaja yang berlaku dalam masyarakat daripada sekecil isu sehingga kes berprofil tinggi kesemuanya menjadi tanggungjawab polis untuk diselesaikan.

"Pada masa dulu di kampung-kampung sejurus selepas kelahiran anak kena pergi daftar di Balai Polis, kalau meninggal pun kena lapor juga," ujar beliau dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Kedah bersama PDRM Kedah bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, semalam.

Muhammad Sanusi turut menjelaskan bahawa ibadah dalam Islam tidak terhad hanya di atas tikar sejadah malah ruang lingkup ibadah lebih luas termasuklah dalam mencari nafkah menyara keluarga.

"Bagi menjadikan hari kita mendapat pahala mencuri-curah, niatkan dalam hati bahawa kita berkhidmat untuk masyarakat kerana Allah SWT," ujar Sanusi.

Katanya lagi, kehidupan dilimpahi berkat apabila menjadikan kerja-kerja seharian sebagai pengabdian diri kepada Allah.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


 

Tiada ulasan