Header Ads

test

PROGRAM ANAKKU SEJAHTERA: BANTUAN RM100 UNTUK ANAK KEDAH YANG LAHIR TAHUN 2022


 

ALOR SETAR – Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali mempengerusikan Taklimat Program Anakku Sejahtera bersama Penghulu Mukim seluruh Negeri Kedah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, baru-baru ini.

 

Katanya, taklimat ini adalah untuk memberi pencerahan berkaitan dengan Program Anakku Sejahtera di samping menggalakkan amalan menabung bagi tujuan pendidikan masa hadapan.

 

“Program Anakku Sejahtera menyasarkan rakyat Kedah yang berpendapatan rendah dengan peruntukkan sebanyak RM1 juta bagi tahun 2022. Sumbangan akan diberikan dalam bentuk tabungan dengan jumlah RM100 setiap seorang.

 

“Kerajaan negeri sentiasa proaktif dalam usaha membasmi kemiskinan secara menyeluruh di negeri Kedah dengan mengadakan insentif Program Anakku Sejahtera ini,” ujarnya.

 

Beliau juga mengharapkan rakyat cakna dan rebut peluang yang diberikan ini demi pendidikan anak-anak di masa hadapan.

 

“Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah, Pejabat PTPTN Cawangan Negeri Kedah dan 36 Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN,” jelas beliau.

 

Hadir sama, Pengerusi PTPTN, Dato’ Wan Saiful Wan Jan.

Tiada ulasan