Header Ads

test

LRA PELUBANG BAKAL SIAP 2024


ALOR SETAR - Loji Rawatan Air (LRA) Pelubang di Kubang Pasu yang berharga RM431 juta dijangka siap menjelang tahun 2024.

 

Pengerusi Bina Darulaman Berhad (BDB), Che Had Dali berkata, projek LRA tersebut berjalan lancar dan berada pada fasa pembangunan awal.

 

Katanya, projek tersebut juga menjalinkan kerjasama dengan syarikat berkemahiran bagi mempercepatkan proses pembinaan kerana ia melibatkan hak dan kepentingan awam. 

 

“Projek LRA Pelubang sekarang ini dalam keadaan sudah mula berjalan kira-kira dua peratus melibatkan kerja-kerja tapak. Insya Allah projek masih berjalan mengikut jadual asal dengan apa yang kita rancang akan siap pada 2024,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Iftar bersama Media Kedah di Hotel Raia di sini pada Ahad.

 

Tambahnya lagi, kenaikan kos bahan pembinaan turut memberi kesan kepada pembinaan projek.

 

"Bagaimanapun katanya, ia bukan di bawah bidang kuasa mereka untuk mengawal perkara terbabit kerana kuasa pasaran yang menyebabkan kenaikan harga barang.

 

“Kenaikan itu beri kesan yang agak tinggi sehingga 30 peratus. Sebenarnya cadangan penilaian semula ini daripada konsultan kita yang akan diusulkan kepada JKR dan kerajaan negeri untuk diterima pakai,” katanya lagi.

 

Beliau bersama pihaknya akan memikul tanggungjawab untuk melaksanakan projek berkepentingan rakyat itu dengan sebaik baik.

Tiada ulasan