Header Ads

test

RUMAH TITIK PELUH PETANI, HANGUS DALAM KEBAKARAN



PADANG TERAP - Rumah hasil titik peluh bertani sejak belasan tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Lebai Saman semalam.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor  berkesempatan menziarahi mangsa selepas menerima maklumat kejadian kebakaran pagi tadi.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa tinggal bersama isteri dan tiga orang anak. Kesemua mangsa kebakaran selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Kejadian yang berlaku pada jam 5.30 petang semalam itu dilaporkan telah memusnahkan keseluruhan rumah termasuk syiling dan jumlah kerosakan masih dalam siasatan pihak bertanggungjawab.

Apabila di temu bual, mangsa kelihatan tenang dan redha menerima ujian musibah ini.

“Rumah terbakar tak apa nanti ada rezeki kita buat lain la," ujar Mohd Nazri Yaakob, 51 tahun yang merupakan mangsa kebakaran. 

Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan tanda simpati kepada mangsa.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman 


 

Tiada ulasan