Header Ads

test

SANTUNI ANAK YATIM, JANGAN DICELA

 


MENTALOON – “Anak-anak yatim ini, rapatnya dengan diri kita adalah seperti dua jari ini.”

Demikian kata-kata Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sambil mengangkat tangan menunjukkan dua jari yang dirapatkan ketika berucap meraikan anak-anak yatim DAYA di majlis berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon semalam.

Beliau berkata sesiapa yang berbuat baik dan menjaga kebajikan anak-anak yatim akan mendapat balasan yang sangat besar.

Ucapan beliau itu merujuk kepada sebuah hadis bahawa rapatnya Rasulullah SAW dengan insan-insan yang menjaga anak-anak yatim dengan baik adalah seumpama dua jari iaitu jari tengah dengan jari telunjuk yang dirapatkan.

Muhammad Sanusi juga menegaskan bahawa Allah SWT memberi amaran yang sangat keras kepada sesiapa yang bersikap kasar, menzalimi atau menganiaya anak-anak yatim.

Beliau turut menasihatkan agar anak-anak yatim ini sentiasa meletakkan azam mahu berjaya untuk membantu anak-anak lain yang senasib dengan mereka apabila kamu sudah dewasa kelak.

"Pahatkan sekukuhnya di dalam dada bahawa kamu mahu menjadi yang terbaik, lebih baik daripada anak-anak yang punya ibu bapa," ujarnya.

Dalam majlis tersebut, Muhammad Sanusi bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim DAYA.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan