BAJU RAYA BUAT 100 ASNAF DUN AYER HITAM
ALOR SETAR – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Ayer Hitam membelikan pakaian baharu kepada 100 anak-anak yatim dan asnaf bagi menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
ADUN Ayer Hitam, YB Azhar Ibrahim berkata, sempena Program Titian Kasih ini Jakel Alor Setar menawarkan potongan harga bagi setiap pembelian yang dilakukan.
Katanya, jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka ketika memilih pakaian raya seperti baju, songkok dan tudung.
“Pihak kami menaja sepenuhnya pembelian baju raya untuk mereka. Mudah-mudahan dengan sedikit sumbangan ini akan memberi makna kepada mereka dalam menyambut Aidilfitri pada tahun ini,” ujarnya.
Hadir sama, Pengarah PKWR DUN Ayer Hitam, Abdul Hadi Omar dan Timbalan PKWR, Haji Ghazali Md Isa.
Post a Comment