Header Ads

test

TANGAN PUTUS TERKENA MESIN KETIKA BEKERJA



GURUN – Seorang lelaki hanya mampu meraung kesakitan selepas tangan kanannya putus di tempat kerja di sebuah kilang yang terletak 500 meter daripada rumahnya, baru-baru ini.

 

Dalam kejadian itu, mangsa Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22 tangan kanannya putus hingga bahagian lengan ekoran terkena mesin ketika bekerja.

 

Kata Faiz, dia baru memulakan kerja dua minggu dan diuji dengan ujian demikian.

 

Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit hadir menziarahinya yang tinggal di Kampung Kilang Ketapan, Gurun.

 

YB turut menyampaikan sumbangan berupa wang dan keperluan harian bagi meringankan beban

Tiada ulasan