Header Ads

test

Syukur, Akhirnya Terima Bekalan Elektrik


Syukur, Akhirnya Terima Bekalan Elektrik

JENERI - Penantian dua keluarga di Kampung Padang Limau Nipis yang tinggal di rumah tidak berelektrik berakhir setelah mendapat bekalan asas itu baru-baru ini.

Ramli Yahya berkata, dia dan keluarga sangat gembira serta bersyukur kerana rumahnya diterangi cahaya selepas 60 tahun mendiami di situ.

"Saya ucapkan terima kasih kepada pihak yang menjayakan bekalan elektrik ke rumah Mak Ndak pastu hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua yang membantu Mak Ndak. Mak Ndak ucap terima kasih dan bersyukur untuk semua," katanya.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, merangkap ADUN Jeneri berkesempatan melawat dua buah rumah tersebut.

Menurut beliau, kedua-dua rumah peninggalan arwah ibu bapa mereka terletak jauh dari penempatan lain.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada TNB dan seluruh pasukan yang telah mengusahakan sehingga berjaya membawa masuk bekalan elektrik ke dalam kampung ini,” ujar Sanusi.

Pemasangan bekalan elektrik ke rumah keluarga berkenaan di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diusahakan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jeneri.

Turut hadir Pemangku Pengurus Besar Negeri, Utara, Johari Lamsi dan Pengurus (Pulau Pinang/Kedah/Perlis) Bahagian Strategi & Kawal Selia TNB, YM Ku Abdul Razak Ku Ismail.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan