Header Ads

test

5000 PENGUNJUNG HADIR RUMAH TERBUKA JELAJAH RAIKAN SYAWAL RTM


POKOK SENA - Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Jelajah Raikan Syawal RTM hangat dirasai selepas menerima kehadiran lebih 5000 pengunjung, semalam. 


Bermula jam 12.00 tengahari orang ramai terdiri daripada pelbagai latar belakang dan bangsa mula membanjiri Dataran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Pinang.


Pengarah Majlis Rumah Terbuka, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, setelah dua tahun berdepan dengan prosedur operasi standard (SOP) akibat pandemik COVID-19, ramai pengunjung yang mengambil kesempatan meramaikan majlis ini. 


Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor. 


Di kesempatan yang sama, kanak-kanak juga tidak dilupakan untuk mengambil 'duit raya' daripada Haji Sanusi dan ADUN Bukit Pinang, YB Romani Wan Salin. 


Majlis yang berakhir pada jam 5 turut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan agensi-agensi kerajaan. 


Sepanjang majlis berlangsung diserikan dengan celoteh DJ Nazri atau dikenali sebagai DJ E yang bergandingan bersama Ustaz Wan Aminuddin Wan Ali bagi mengacara majlis.

Tiada ulasan