Header Ads

test

ADUN BAYU RAI 120 ASNAF DENGAN PEMBELIAN BAJU RAYA


BALING - Seramai 120 asnaf dan anak yatim diraikan menjelang Aidilfitri, baru-baru ini. 


Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bayu membeli pakaian baharu di sekitar perkarangan Pasaraya Billion di Batu 42, Pulai, Baling. 


Majlis ini disempurnakan oleh ADUN Bayu, YB Nasir Idris dan beliau juga sempat meluangkan masa memilih pakaian bersama anak-anak asnaf di beberapa kedai yang berhampiran. 


"Saya menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor atas sumbangan yang diberikan ini. 


"Saya mengharapkan bantuan pakaian ini menceriakan sambutan raya anak-anak asnaf ini dengan lebih meriah," ujar beliau.

Tiada ulasan