Header Ads

test

LELAKI MAUT, MOTOSIKAL TERBABAS KE DALAM SUNGAI


ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di tebing sungai jalan batas ban di Jalan Langgar, semalam. 


Mangsa berusia 23 tahun itu ditemui masih memakai topi keledar dan berpakaian lengkap oleh orang awam pada 6.50 pagi sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood hadir menziarahi keluarga arwah di Kampung Padang Kunyit, Telaga Mas, semalam. 


Ustaz Salim turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. 


Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada, Haji Radhi Mat Din dan Pegawai Khas ADUN Buki Pinang, Firdaus Salleh.

Tiada ulasan